15 June 2013

Dinner With Retis J-pop Gitu

Assalamualaikum

Hello & Happy Saturday reader[s]!

Sungguh rajinkan gua pagi2 udah update entry kan. Well binatang putih tak buat perangai boleh gua mengadap blog gua. Kalau la hari-hari cam ni kan bagus. Ngeeee ^^

Okey let's straight the point kan. Actually last Thursday 13 June 2013 my Boss besar belanja makan-makan besar with others staff la. Walaupun kami yang admin dan production hanya setahun sekali ja dapat makan bersama president itu sudah membuatkan kami happy.

Kalau kome nak tahun admin dan HR sangat berbeza. Kat kilang gua HR diberikan keutamaan manakala kami yang admin seperti jaga documents, ISO, QA & shipping selalu dipinggirkan. Lain la Manager memang always diajak la kan.

Tak apa la nak buat macam mana kan udah nasib badan. Apa-apa pun gua dengan kawan gua datang paling lambat sebabnya start even kul7.30 malam kot dan waktu itu adalah waktu mahgrib. Dah la malam Jumaat pula tu orang sibuk2 baca yasin kami sibuk2 melantak kan.

Kalau diikutkan hati gua nak protes juga la, at least respect la sikit waktu solat kami. Nasib la boss gua bahagian deptement gua faham dan dia kata just take your time but at least not late sesangat la. Masalahnya memang lambat la kan kul8.30 malam baru kitaorang sampai. Kwang kwang kwang.

Bukan salah gua okey salah jalan jammed le. Then sampai2 boss gua tunggu depan restoren tu. Ala sweetnya boss gua ni kan.Sesampai ja apa lagi melantak le rezeki depan mata kot.

Suasana kat dalam tu sangat la sunyi sampai gua terpaksa menghuru harakan keadaan. Apa lagi gua buat muka tebal ja. Setiap gambar dalam camera kawan gua wajib ada gua. Hehehehe.

So nak tengok aksi kawaii gua moh le tengok kat bawah ni :

With my boss GA dept., Boss besar, boss kecik dengan boss no 2.
Ada rupa artis Jepun tak? Hehehe Anak boss besar ni.
Department gua, kalau kome nak tahu hanya gua bunga didalam dept ni.
Gegirl only. Not allowed boy okey!
Gambar ni dari camera bro ni!
3 awek cun!
Staff yang terlibat masa dinner.
With Boss No 2.
Kawan segosip gua!
Amoi cun kat kilang gua.
NOTAKECIK:
Mesti kome pening kepala kan banyak beno boss gua kan, hehehe

12 June 2013

Wordless Wednesday #11 : Rileks La Boss, Kata Boss Tak Kan Nervous Kot

Assalamualaikum

Hello kalian kalian dan kalian semua.

Haissshhhh, gua mengeluh. Mak gua kata kita anak dara ni tak elok mengeluh nanti berat jodoh. Kannn patut la jodoh gua berat ja. Haisssssshhhh -.-'

Okey  tadi tu iklan ja tak kena mengena pun dengan title entry gua diatas. Dah title pun ada nama "boss" bermakna gua nak cerita pasal boss gua la.

Bila gua teringat gua terasa nak gelak pun ada bukan apa esok Manager-manager yang ada kat dalam kilang gua kena buat presentation kepada boss besar gua atau bahasa omputihnya PRESIDENT le. Gua suka boss besar ni datang sebabnya esok gua dapat makan free kot dia belanja. Bukan gua seorang tapi semua admin dengan supervisor dengan engineer dengan sekali leader dibelanja. Kayakan gua nak ngorat anak lelakinya tapi malangnya semua sudah berkahwin.

Makanya tetiba ja boss gua suruh gua bersama teman bukan mesra gua si Jeffrey jadi tukang tengok sekali dengan tukang kira masa. Padahal last year tak pula nak suruh gua dengan si Jeffrey jadi partner2 dengor dia membebel. Sabar ja la.

Disebabkan gua ni seorang pekerja yang berdedikasi dan mendengar kata maka gua dengan hati terbuka lagi ikhlas jadi la tukang tengok masa. Untuk esok boss gua kena present tidak lebih dari 12 minit. Udah macam pergi pertandingan berpidato pula.

Apa lagi inilah masa untuk gua buli boss balik. Oooo, dulu masa gua present macam2 boss berkata-kata ye. Rasakan tembakan pembalasan kepada boss. Muahahahahahaha.

Nak tergelak gua bila gua berlagak serius dan memberi komen. Ate bukan gua nak kondem boss pun sekadar memberi semangat. Mana la tahu boss terpilih jadi presenter yang terbaik dapat awards tu boleh belanja gua cendol pulut ka kan, kui kui kui.

Ni masa gua bercuti bersama2 boss gua yang ditaja oleh beliau. Boss gua pakai baju kemeja hijau.
NOTAKECIK:
Tak apa2 gua sudah turunkan ilmu tenangkan jiwa kat boss gua. Semoga esok boss gua boleh buat terbaik kalahkan Manager QA, FO dengan Production. All the best boss :)
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira