08 June 2013

Hello June, Be Gooood To Be Okey!

Assalamualaikum

Hello blogger yang awesome lagi hebat!

Gila memang sebulan gua tak usik blog ni, sememangnya sudah bersarang dengan spider la kan. Bukan apa, 1 sebab blog gua cam hampeh disebab ada orang yang gua sudah bayar tapi tak settlekan page blog gua ni. Haissshh malas nak cakap apa la.

2 sebabnya gua agak busy sikit bertambah dengan binatang putih ni buat perangai. Apa benda binatang tu? Apa lagi broadband maxis gua la.

Last entry gua pasal hari pekerja kan. So untuk bulan baru ni gua mulakan dengan banyak kot kenduri kawen dari bulan MAY till DEC! Mak ai schedule gua penuh dengan jemputan orang kawen ja.

Tapi persoalannya bila pula turn gua kan?

Cik abang sayang sila jawab ye, kalau tak sayang cari orang lain.

Ceh sejak bila tak gua berabang sayang kan.

Sekejap ja sudah half of year. Bagaikan baru semalam ja bulan Januari. Pejam celik pejam celik sudah nak masuk Syaban then Ramadan yang mulia then lagi Syawal. Teringat pula Cikgu form 1 gua Cikgu Amali ada cakap nanti pejam celik pejam celik awak semua akan melangkah ke alam dewasa ^^.

Alhamdulillah bersyukur di bulan Rejab ni gua masih bernafas dan sudah pun ganti puasa yang gua tak puasa. Ala gua tak puasa ada sebab la bukan saja-saja.

Actually sepanjang sebulan gua tidak mengupdate kesah hidup gua pelbagai benda yang suka dan masam dah berlaku dalam hidup gua.

Kesah pertama gua kena present setahun pun objektif dan target company kat boss besar nombor dua gua. Nama dia Koga atau gua panggil dia Koga-san. Bergeletar jugak kepala lutut gua untuk present kat dia. Nasib tak keluar bahasa perak gua kalau tak kebil-kebil biji mata dia tengok gua. Ate tak paham ape teman cakap kan.

Kesah kedua, gua join Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Rendah kat Kuala Kangar. Sekolah ni tempat kakak ipar gua mengajar serius memang best. Lepas jugak la giat gua berkhemah masa PALAPES dulu-dulu. Gua dilantik sebagai jurulatih tambahan la. Gua diberi kepercayaan untuk handle games dengan juri untuk malam kebudayaan dan gajet khemah. Tapi yang paling best 1st time dalam hidup gua tidur kat bilik beraircond. Sejuk gila!

Kesah ketiganya gua GAGAL dalam exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik sekali dengan interview jawatan Executive Management Trainer. Muahahaha. Sodih gila hati ini. Tapi gua chill ja la nak buat macam mana bukan rezeki gua lagi kan.

Last sekali gua jalan-jalan ke Kedah bersama keluarga bersama orang tersayang (blushing gitu). Euwwww.

Walaupun ada kesah happy dan ada kesah yang unhappy yang penting kita redha dan in sha ALLAH ada rezeki untuk kita jika kita benar-benar tawakal serta usaha dijalan-Nya.

NOTAKECIK:
Bak kata kawan 1 ofis gua, gua kena bersyukur dengan apa yang ada dan dapat boss yang best walaupun kadang-kadang macam hampeh!

NOTATAMBAHAN:
"San"- adalah gelaran bagi Encik atau Puan atau Tuan bagi masyarakat di Jepun. Ate gua dah kerja kat syarikat Jepun so kena la ikut sikit-sikit cara sana.

01 May 2013

Selamat Hari Pekerja, Happy Labour Day & Selamat Hari Beristirehat

Assalamualaikum

Selamat Hari Pekerja & Happy Labour Day uoll!!



Disebabkan harini hari pekerja maka gua tak boleh buat kerja so kerja gua untuk harini adalah beristirehat sambil menonton tv, makan, merehatkan badan dan makan kembali.

Tetapi itu hanyalah angan-angan sebab mak gua sudah melaung suara merdu menyuruh gua mengemas rumah. Adeh habis keindahan hari gua harini -.-'

NOTAKECIK:
Tahun ini merupakan tahun ke-2 gua menyambut hari pekerja! Weeeee ^^v


 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira