30 March 2013

Tahukah Lu Orang Bahawasanya Sireh Ituh Tidak Sedap!

Assalamualaikum

Hello ladies and gentleman.

Serius otak gua sedang menari-nari bersama bintang dan bulan.

Kenapa?

Kerana gua telah dipaksa oleh mak gua untuk menelan sireh bersama pinang!

Puih! Sangat pedas dan tak sedap langsung. Dan sekarang pinang tersebut seperti sudah tersangkut di tengah-tengah saluran pernafasan gua kot. Sebabnya terasa macam sudah tersekat.

Gua ingat bila gua blah awal ingat terselamat rupanya mak gua siap tapau lagi tuh, adeh -.-'

Jap mesti kome konfius apa kejadahnya gua sedang ceritakan. Sorry sebab terlampau excited nak bagitahu yang kena sireh kan.

Okey actually today is my beloved cousin engagement!

Puteri Norbasyitah a.k.a pemilik MINNIE SHOPPE
Cantikkan, no wonder la beliau dapat jodoh dulu, hehehehe. Motif utama gua duduk snap picture ni nak dapatkan berkat beliau mana tau pastu turn gua pula kan, kui kui kui.

*Google
Di atas ini adalah tepak sireh. Selalunya orang nak bertunang dan nikah mesti akan bawa tepak sireh. Kiranya adat dan tak akan hilang dek masa zaman. So daun itu adalah sireh dan bekas-bekas kecil pula diisi pula dengan kapur, bunga cengkeh, pinang dan tembakau.

Dan orang dulu-dulu kata kalau anak dara atau teruna yang tidak kahwin lagi kalau makan benda alah itu nescaya akan dipercepatkan jodoh.

Bukan gua tak percaya mungkin kebetulan kot sebab cousin gua makan masa kakak dia bertunang last year then this year terus bertemu jodoh. 1 lagi saudara gua pun makan juga terus bertunang then nak kahwin dah. Maka mak gua yang over risau memaksa gua makan!

Apakah nasib gua selepas ini ye?

NOTAKECIK:
Agak-agak tahun depan gua akan menamatkan zaman bujang ka? Kui kui kui. Gatal bebeno gua ni kan.

25 March 2013

Woi Sudah 300 Follower Gua! ^^

Assalamualaikum

Happy Blues Monday!

Why blues sebab kan harini hari pertama untuk hari la maka kena kerja tersangat la malas so apa lagi kerja gua mengulat ja tadi, Keh keh keh.

Tapi gua siapkan kerja gua okey sebelum menjalankan kerja sampingan gua, keh keh keh. Padahal baru ja gua beritahu boss gua yang KERJA adalah suatu ibadat kerana kita dibayar gaji oleh pihak majikan kan. ^^

Sebenarnya gua nak beritahu kat kome ni yang rakan blogger gua sudah mencapai 300 orang, hehehe. Budget 3000 kan tapi tak apa la at least gua bersama mereka selalu keep and touch!

So gua nak buat entry khas untuk beliau yang telah mengenapkan 300 dalam list follower gua.

Proof ye yang follower gua sudah mencecah 300, hehehe
Bila gua usha blog beliau, pergghhh memang cun dan sangat berinfomasi.

http://izzatihasbullah.blogspot.com/  
Kenapa? Kerana blog beliau bukan sahaja mengenai lifestyle malahan terdapat juga gorgeous clinic, inspirations & tips serta secret recepi.

Apa tu bahasa omputih diatas?

Maksudnya beliau turut berkongsi maklumat mengenai tips kecantikkan wajah sekali gus tips menjaga hati mak mertua.

Kenapa?

Kerana ada resepi memasak tu tu beb. Apa lagi keluarkan pen salin ja cik nah oi, hehehehe.

Ape tunggu lagi moh le kita terjah blog Cik Hanis Izzati Hasbullah ^^

NOTAKECIK:
Kecoh ja gua ni kan padahal 300 follower ja pun, keh keh keh. Tak apa berangan jadi diva jap. ^^
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira