24 March 2013

Blog Gua Berwajah Baru, Arigatou Gozaimasu Aliya-san!

Assalamualaikum

Hello reader's!

Selamat berhujung minggu kome semua.

Ate duk santai-santai meh la jenguk blog gua yang sudah bertukar wajah ini.


Cantik tak you all?!

Of course la bukan gua yang mengedit-gediknya, bukankah kome sedia maklum yang gua ni tak le reti bebeno nak edit maka gua telah mendapatkan perkhidmatan daripada ALIYA.

Kalau kome nak tengok hasil yang cantik-cantik dan harga yang perpatutan sememangnya patut kome pergi mendapatkan perkhidmatan beliau.

Cepat dan senagn bekerjasama dengan beliau. Eceh udah macam gua bekerja dengan director pula dah ^^

Apa yang gua nak beliau telah tunaikan seperti gua yang sangat obses dengan misai, polkadot dan pink! Semua sudah tersedia dalam blog gua ni.

Gua tempah semalam, hari sudah siap you all!

Hebatkan kan kan. Kalau suruh gua buat alamatnya 3 tahun tak habis. Hehehehe

NOTAKECIK:
Nampak sikit tuan punya blog ni mature sesuai ikut usia umur kan, elegent gitu! ^^

23 March 2013

Personaliti Mengikut Jenis Darah : Eh Gua Darah B!

Assalamualaikum

Hello anda, anda dan anda semua.

Jangan risau gua tak update pasal giveaway dah. Gua udah cover untuk 1 minggu punya giveaway so this week gua tak payah nak updated pasal giveaway! Hehehe

Hari ini gua cuti dan ditambahkan cuaca yang ala-ala Korea kesejukkan disebabkan hujan membuatkan saraf-saraf dalam badan gua berasa malas untuk keluar dari rumah, malas nak pergi makan, malas nak pergi minum, malas nak pergi mandi tapi gua tak malas untuk tunai yang wajib ye.

Eleh macam gua tak tau ja kome nak kata gua malas nak sujud terhadap Ilahi kan kan kan. Eceh tak yah la emo gua gurau ja. Benda wajib perlu kita menunaikannya.

Tapi masalahnya gua TER rajin berblogwalking tadi menyebabkan gua malas nak kuar bilik! Disebabkan kerajinan untuk berblogwalking serta berfacebooking maka gua ternampak satu artikel mengenai jenis-jenis darah menentukan personaliti kita.

Ala dalam bahasa mudahnya sikap kita melalui jenis darah kita.


Untuk pengetahuan kome, darah gua jenis B maka ehem-ehem (terbatuk kecil) gua seorang yang sempoi lagi fleksibel tetapi gua juga seorang yang sederhana dan jujur. Malahan gua suka berterus-terang dan kadang kala gua kreatif. Bukan itu sahaja gua juga pandai bersosial tetapi masih tahu berdikari dan suka membuat kerja dengan cara gua sendiri.

Siap satu karangan! Kome rasa ada tak ciri-ciri tersebut kat dalam diri gua ni (?)

Disebabkan gua terlampau kreatif maka telah mengedit satu gambar ni.


Gambar ini merupakan gabungan gambar gua, bos gua serta kawan-kawan gua yang berhangout bersama-sama di Genting! Tapi gua jadi ala-ala kami ni Spiderman, hehehehe. Semuanya atas bumbung!

NOTAKECIK:
Gila la gua, updated secara gerila not stop dari tengah hari tadi -.-'
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira