Assalamualaikum
Moshi-moshi minna-san!
Dozo yoro? Nozomimasu genki
minna-san.
Okey sila jangan alihkan channel
anda kerana anda sememang berada di blog gua okey.
Yang kat atas tersebut adalah
bahasa Jepun. Mungkin
Cik Yanyan boleh transletkan. Mampukah anda? Adoi lambat
sangat, Kwang kwang kwang ;)
Maksud perkataan diatas ialah Apa
khabar semua? Diharapkan semuanya sihat.
Hebatkan gua. Hebat kan kan kan.
(Tangan diatas bahu)
Actually gua hebat sangat berbahasa
Jepun sebab gua tengok kampus yang gua pinjam dari boss gua tapi kamus tersebut
seolah-olah gua yang punya. Hehehehe.
Mungkin satu bonus bagi gua yang
bekerja di kilang Jepun sebabnya sambil kerja sambil-sambilan gua belajar sikit-sikit bahasa Jepun. Agak terseliuh
lidah gua nak menyebut sesuatu perkataan sampaikan kena gelak la dengan officemate
gua ni. Harapkan layan animation ja lebih nak bercakap memang hampeh la kan.
Harini kerja gua mengulat ja kat
office. Dari pagi sampai petang asyik sembang ja dengan boss gua. Sebabnya gua
terasa macam nak menangis dan paling paling paling gua terasa adalah nak berhenti
kerja.
Entah datang dari mana kekuatan
gua untuk melahirkan rasa tidak kepuasan hati gua kepada boss gua mengenai gaji
gua dengan operator. Walaupun mereka hanya memiliki SPM tetapi gaji mereka lebih
tinggi dari gua yang mempunyai degree.
Semuanya gara-gara disebabkan
gaji naik 900 plus OT maka sama dengan beribu-riban la gaji deme.
Adoi hati gua berkecai lagi.
Salah ka gua untuk mempertikaikan semua ini? Bukan niat gua untuk terbitkan
rasa cemburu tapi membara kot deme udah pun mempunyai harta sendiri gua hanya
ada motor cabuk ja.
Gua sering kali dijadi bahan
gelak tawa oleh keluarga gua. Naik bernanah telinga ni asyik kena perli-perli
ja. Belajar tinggi-tinggi kerja kat kilang Jepun ja. Tak pun mesti deme cakap
cam ni, “tu la ambik lagi course yang bukan-bukan kan susah dapt korje”.
Apa kehal pula nak salah kan
course gua udah gua suka course gua ni, disebabkan course gua la level
confident semakin meninggi tau. Kalau tak gua ni pemalu orangnya, kui kui kui.
Gua tak tahu la, suasana kerja
dengan life study sangat berbeza dan sejujurnya gua sangat merindui zaman
study. Tapi gua sedar semua itu adalah kenangan yang perlu gua simpan
ketat-ketat dalam otak gua.
And now adalah first stage life
yang perlu gua gagahi untuk menjadi insan berguna kepada kedua ibubapa gua.
Tetiba ja gua touching dengan
boss gua. Bukan touching yang negative tapi macam tak sangka beliau akan
memberikan nasihat kat gua.
Nasihat beliau bunyi begini,
“Jangan jadi orang yang tidak berfikir dan hanya tinggal dipondok dan jangan
pula jadi orang yang tamak untuk tinggal di banglo. Sebaliknya jadi seorang
yang berfikir untuk mengecapi keselesaan diri.”
Adakah kalian paham apa yang
beliau cuba sampaikan. Sebab gua pun tak paham pada mulanya. Keh keh keh.
Selepas beliau explain kat gua
dengan panjang lebarnya baru gua faham sekarang ni gua baru mula fasa pertama
dalam kehidupan. Maka masih panjang lagi liku-liku yang gua akan tempuhi. Fikirkan apa yang perlu gua lakukan untuk
capai apa yang gua mahupun kerana peluang itu ada cuma kita perlu bersabar dan
berlepat kali ganda usaha untuk mencapainya.
Apa yang boleh gua lakukan
sekarang ni thinking positive dan percaya dengan rezeki dari ALLAH.
NOTAKECIK:
Tak boleh main-main lagi dan fikirkan
untuk menjadikan masa itu wang!