01 February 2013

Lelaki Nampak Lebih Sweet Kalau...



Assalamualaikum
Hello jejaka kacak berbaju melayu dan gadis ayu berbaju kurung di hari Jumaat!

Kome tau tak bahawasanya lelaki kelihatan lebih kacak bila mereka buat benda yang sweet-sweet. Kenapa rasa macam tak percaya? 
*Beliau beli perisa anggur.
Common la,  please believe me okey. Sebab apa gua kata sedemikian rupa sebabnya tadi officemate gua kasi gua gula-gula fruit-tella yang berharga RM1.30 dibeli kat kedai mesra petronas. Detailkan information gua :)

Tak payah kome nak buat andaian lelaki tu boifren ka or anything else. Sebabnya gua yang paksa beliau beli untuk gua dan free of change okey, kui kui kui.

See naughty kan gua. Ecece, gua guna ayat comel pula dah, geli tekak gua.

Kesah sebenarnya gua saja minta main-main semalam tapi dia tak beli pun. And then hari ini kan deme solat jumaat, apa lagi saja minta main-main lagi. Tengok-tengok dia sengih-sengih kat gua pastu bagi bungkusan gula-gula tersebut. Sweet kan kan kan.
  
So the conclusion is bukan gua nak cakap gua nak couple dengan dia pun Cuma tak salah somethings guys jadi gentlemen sikit bagi somethings yang sweet kat gelfern ka mak ka makcik ka opah ka atau bahasa lain mereka yang bergelar wanita.

Lagipun gua nak ajar beliau teknik mengorat gelfren, kesian betul selama beliau hidup 24 tahun tak pernah pun couple. Maka rasa dengan rendah diri gua nak ajar beliau teknik mengorat edisi gua. Kalau kalian guys nak menuntut ilmu jangan segan-segan kucing cari gua okey. Keh keh keh  
 
Tak jatuh pun maruah kome weyh, malahan akan dipandang more to gentlemen oleh kaum hawa. Tak percaya? Cuba try test dulu.

NOTAKECIK:
Teringat budak masa gua catering yang ala-ala k-pop muka dia yang telah tolong gua angkat barang yang lebih berat, aduh cair kot gua masa tu, keh keh keh

28 January 2013

Lima Perkara Yang Gua Tak Boleh Buat Ditempat Kerja.

Assalamualaikum


Konichiwa minna!

Happy Monday you all yang gojes dan handsome.

Kome tau tak bahawasanya student life itu sangat awesome! Tak tahu ek? Tak apo lah meh sini gua nak habaq mai kat hampa semua na.

Tak tahu la tetiba ja gua teringat pasai student life gua as a USM student. Sebabnya bermula di sini gua mula berjinak-jinak dalam dunia blongging walaupun gua tidak la sefemes LIYANA ka LYSSA ka mahupun abang BEN.

Kenapa? Sebabnya kawan gua yang ajar. Dia mula-mula berblog sebab nak luah-luah perasan la. So gua rasa macam seronok maka gua pun buat la blog. Dulu blog gua macam skema sikit tak la cam gini. Cantik pun sebab jiran sebelah rumah gua yang ajar, hehehe. At last cun la sikit. Tapi member gua yang perkenalkan blog ni akhirnya dia yang slow down and terus tak berblogging dah -.-'

Chop-chop rasanya gua sudah melalut ni sebab motif utama adalah gua nak beritahu betapa bestnya jadi student. Serius gua tak tipu. Banyak benda yang gua tak boleh buat kat tempat kerja tapi boleh buat masa kat kampus.

Lari dari buat kerja lepastu main lompat-lompat.
Malas masuk dewan lepak tepi jalan sambil usha pakwe hensem.
Gelak kuat-kuat walaupun tahu ada orang kenamaan kat depan (Yang duduk adalah ex VC USM).
Pose ala-ala diva tak ada siapa nak marah.
Pakai baju nak tidur tanpa secalit make up.
Kome ada buat macam tu? Ce gua buat macam ni kat tempat kerja alamatnya gua kena buang kerja la nampak gayanya. Serius ini memang serius.

Student life sangat happening kalau kita buat salah pun tak ada la sampai kena maki-maki hanya lecture ja tegur-tegur. Tapi bila masuk dunia pekerjaan silap sikit macam buat kesalahan besar ja. Bila tak bergaya asyik kena kutuk-kutuknya. Bila duduk melepak-lepak tepi jalan kata kita tak reti jaga adab la. Apatah lagi nak lompat-lompat terus kena fire.

Haiiiihhh, susah-susah kalau macam gini la lagaknya baik gua jadi boss kan. Tak ado sapo nak marah den, iye dok ^^

NOTAKECIK:
Tapi boss gua awesome, macam mana plak tuh (?)

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira