23 January 2013

Wordless Wednesday #9 : Menghantar Surat Di Putrajaya.

Assalamualaikum

Moshi-moshi minna!

Hello ladies and gentleman di hari Rabu yang awesome ini.

Pagi-pagi buta gua kena gerak ke Putrajaya bersama boss gua. Untuk apa gua ke sana? Untuk mendapatkan cop di surat laporan JKKP8 yang tidak mengambil masa 30 saat pun. Kenapa gua cakap cam tu? Sebabnya untuk ke Block D gua terpaksa bertapak di Block C yang mengambil masa ke sana dalam 15 minit berjalan kaki.

You know bertapa basah ketiak gua berjalan di tengah-tengah panas terik ke sana semata-mata untuk mendapatkan cop kurang daripada 30 saat itu! Huhhhh, damn!
Muncung sedepa seketika gua tadi tapi kembali terukir senyum bila boss gua jalan-jalan sekitar Putrajaya. Terimbau kembali kenangan di saat sewaktu gua mengikut lawatan sambil belajar masa form 5 dahulu. Masih ada lagi pokok kat bawah sungai tuh weyh, keh keh keh.

Kalau nak merungut pun tak boleh gak sebabnya at least gua dapat mencuri tulang sambil mendapat makan free. Siapa nak bagi kan. Hehehe. Gua sememangnya pekerja yang baik kerana gua menggunakan sebaik mungkin wang saku yang diberikan oleh pihak company. Maka marilah menjadikan gua idola kalian. Keh keh keh.

Tapi tak apa, kemarahan gua ini hanya sebentar sahaja dan ianya tidak membuatkan hati gua terusik. Kerana itu adalah salah satu tugas gua kan. Namun ada perkara yang menjadi satu kelukaan boleh bertukar kepada kanser adalah bila kita terasa hati.

You all rasa setuju tak dengan pendapat gua ni?

Tak payah nak rasa sangat, setuju ja terus! Keh keh keh.

NOTAKECIK:
Peribahasa harini, diberikan betis nak peha la pula kan. Memang tak sedar dek untung betul. Puiiih!!

07 January 2013

Semakin Hari Semakin Pelik Seni Itu!

Assalamualaikum

Hello seniman serta seniwati yang owesome!

Mungkin masih belum terlambat kot untuk gua update mengenai ANUGERAH JUARA LAGU yang telah pun menjawab teka teki siapa yang merangkul gelaran JUARA kan.

Sejujurnya gua agak kecewa juga la dengan keputusan semalam tapi siapa la gua nak pertikaian keputusan juri yang arif lagi bijaksana.

Mungkin kalian sudah mengetahui siapa juaranya tapi gua still nak beritahu para pemenangnya. Suka hati gua la, blog gua kan, keh keh keh. Keret-keret plak nanti tak do sapo nak baco entry engkau baru tau! Hehehe.

*Persembahan terbaik ~ Black feat. RJ (Teman Pengganti)
*Vokal terbaik ~ Hafiz (Kuakui)
*Tempat ke-3 ~ Kuakui (Hafiz)
*Tempat ke-2 ~ Idola (Azlan & The Typewriter)
*Juara ~ Terukir Dibintang (Yuna/Aizat)

Bagi gua semua yang bertanding ada kekuatan masing-masing. Tapi pada malam semalam gua rasa macam persembahan Black & Aizat yang memacing tumpuan gua walaupun bukan lagu Yuna yang gua yang menjadi senarai pilihan gua.

Cara pembawakan Aizat semalam sangat bersahaja dan memukau. Ececece, ayat juri kau, kelas kau AEDA!

Mungkin bukan rezeki BLACK malam semalam, tapi lagu Teman Pengganti tetap menjadi juara dihati gua. Maka terjawab la siapa yang gua rasa patut menang kan.

NOTAKECIK:
Semakin lama semakin pelik dunia seni muzik kan, lagu yang tak sepatutnya bertanding ada pula di atas pentas semalam -.-'
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira