23 December 2012

Rindu Kerinduan, Kegelian Pula Ayatnya

Assalamualaikum

Selamat pagi semua! Ohaiyo khozaimas!

Pagi-pagi lagi gua udah celik mata, macam biasa la rutin cuti gua iaitu mengemas rumah sambil menguruskan badan. Hebatkan gua boleh dikategorikan superman punya girlfriends kan. Kome tengok ada 's' dibelakang ayat bermakna banyak beno la gf superman tu ek? hehehe

Actually gua nak beritahu yang gua sangat sangat sangat rindukan mereka! Siapa mereka?

PALAPES USM intake 22 kini sudah digelar Pegawai PSSTLDM
Coursemate merangkap geng Wondergurl!
Mereka la yang gua tengah rindu iaitu kawan-kawan yang menyinari hidup gua semasa gua bergelar student USM. Susah senang bersama dan payah untuk gua cari kawan-kawan seperti mereka lagi.

Kehidupan sewaktu kerja dengan belajar adalah sangat sangat sangat berbeza. Jika boleh diundurkan waktu gua ingin menghabiskan masa bersama mereka.

Lastly kome rindu aku tak seperti mana aku rindukan kome? -.-' Udah macam jejak kekasih pula, keh keh keh

NOTAKECIK:
Tiada masa sekarang jika tiada masa dahulu, masa dahulu adalah sejarah untuk masa hadapan, kome faham tak? Sebab gua pun tak faham, Muahahaha.

22 December 2012

Hey I Really Miss You Sister!

Assalamualaikum

Hello ladies yang kacak dan guys yang cantik.

Sekarang ni hujan sedang mencurah-curah jatuh ketanah bumi ini. Ecece bersasterawan pula gua memulakan mukadimah kan. Bila hujan-hujan macam ni mesti gua teringat 1 video klip dari penyanyi dangdut Iwan dan Amalina, ala lagu memori daun pisang. Kan mereka berlari-lari anak gitu sambil berpayungkan daun pisang. Lagu tersebut antara lagu favourite gua bila 'berkarok'.

Okey gua bukan cerita pasal memori daun pisang ka, memori kad reader ka or what ever memori. Motif utama gua nak cerita pasal gua sudah berbaik dengan cousin gua. Repeat again, gua sudah berbaik dengan cousin gua!! Ala tak kan tak ingat yang gua pernah gaduh-gaduh manja gitu dengan beliau suatu ketika dahulu, fine kome memang la dah tua semua tak ingat kan, keh keh keh. Ambil kau satu andaian gua padahal memang gua tak cerita pun, Muahahaha.

So far kami already okey. Itu pun bila beliau salam gua pada malam kenduri perkahwinan kakak beliau. Maka hati gua jadi sejuk sikit tapi ke esokkan harinya hati gua jadi bergelodak panas bila gua terdengar 1 cerita. Jadi gua rasa macam nak serang beliau dengan mengguna senjata api. Okey gua tipu. Gila kau nak gua jadi pembunuh bersiri ka? Gua pun dengan muka tebal sikit la tegur dia untuk mendapatkan kepastian dan finally we are okey la.

Mungkin kami sudah okey tapi mungkin juga sudah tidak seperti dahulu. Actually bergaduhan kami ni lebih kepada ego yang tebal dalam diri. Gua rasa gua yang betul dalam tindakan gua tapi dalam masa yang sama gua rasa gua yang salah tapi gua malu hendak mula berbaik dengan beliau. Berapa banyak tapi daaa. Hehehe.

Apa yang gua katakan sudah tidak seperti dahulu mungkin tahun hadapan dia akan membina masjid, In Sha ALLAH. Nampak gayanya gua sorang la yang lambat kahwin dalam kalangan sepupu gua yang berusia 24 tahun.

Tak sia-sia kau rebut bunga kan! ^^


NOTAKECIK:
Kepada kakok, sebenarnya aku nak minta maaf sekiranya aku punca semua ini berlaku. Aku tahu aku tidak sempurna kadang-kala perlu ditegur agar aku boleh jadi yang lebih baik. Eceh dah macam pakwe makwe gaduh pula, keh keh keh. Hopefully kita still boleh jadi the best cousin in the world walaupun kau akan jadi 'suri rumah' nanti. Aku always doakan yang terbaik untuk kau dimasa hadapan kelak. So kita 0 - 0 ye ^^ Lupa pula sebenarnya aku rindu nak buli kau! Dan aku pernah berniat nak pancitkan kereta kau, Hik Hik Hik.

ADIOS
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira