18 December 2012

Disebalik 15 Haribulan Disember DuaRibuDuaBelas.

Assalamualaikum

Hey kalian yang ohsem macam boss gua.

Kenapa macam boss gua nanti gua cerita kan ye. Bukan tadi gua kata nak cerita kan tapi nanti la sebab banyak sangat story yang gua nak catitkan kat disini.

Kesah bos gua tu nanti gua update sekarang gua nak update kesah gua pada 15 December 2012 masa siang dan malam. Jangan ingat gua binatang dua alam pula ye.

Pada tarikh tersebut telah berlaku dua kejadian yang boleh dikatakan best la juga. Kerana dari siamg sampai malam gua asyik cun jaaaaa. Kome ngata gua perasan cun tapi ADA GUA KESAH? Suka hati gua la kan, siapa yang nak puji kalau bukan diri gua sendiri. Dush dush dush! Gua sudah merepek melampau.

Ce kome usha gambar di bawah ni.


Ni la kakak saudara gua yang selamat di sambut pada hari berkenanan. And sebelah beliau siapa lagi gua yang cun la. Untuk pengetahuan kome, beliau sudah selamat dinikahkan pada 15 November yang lepas.

Nak dijadikan cerita gua telah dilantik oleh beliau untuk menjadi pengapit bidan terjun. Sebenarnya kalau ikut rancangan asal bukan gua tapi adik saudara gua yang  telah menjadi tunangan player bola sepak Johor FC tu. Tapi atas masalah tertentu maka juga secara tidak sengaja jadi pengantinya. Kesian kan gua asyik kena jadi pilihan ke dua ja apakah daya sudah nasib gua kot -.-'

Ce kome tengok gambar yang kedua dibawah ni pula.


Ehem ni buka Yuna Zarai ye, ni Cik Aeda cun! Hehehe. Selepas selesai sesi siang tadi, pada sebelah malamnya gua ada Annual Dinner company kat Syuen Hotel Ipoh bertemakan Step Up a.k.a Hip hop. Binatang yang gua pegang tu adalah nombor talbe gua merangkap tarikh Birthday gua! Cepat wish brithday kalau tak gua sumpah kome jadi emas boleh gadai, Hua hua hua. Alhamdulilah meja gua agak bertuah dapat voucer AEON 40 henget tapi meja boss gua dapat 150 henget sangat unfair kan -.-'

Secara kesimpulannya, apa-apa pun yang berlaku dalam hidup gua still happy ja dapat menyenangkan hati orang lain walaupun hati gua yang sengsara. Disebalik kejadian ini terdapat banyak cerita yang gua tahu. Kadang-kadang Tuhan menguji kita tatkala kita gembira. Sejujurnya gua seorang yang serik dan perkara-perkara ini banyak mengajar gua supaya lebih berhati-hati dengan orang disekeliling kita.

NOTAKECIK:
Orang kata rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Bukan gua kata orang kata ye.

ADIOS

 

08 December 2012

Positifkan Diri

Assalamualaikum

Hye kalian yang sedang berehat di hari sabtu!


Minggu ni gua banyak menitiskan air mata mungkin kalau di tadah dengan baldi barangkali boleh penuh gamaknya. Apa ini gua tak ada perasan ka? Tak boleh nak emo-emo -.-'

Entahlah bila usia semakin meningkat banyak dugaan datang kepada gua. Bukan niat gua untuk merungut atas segala takdir yang tertulis kepada diri gua. Cuma gua sering memikirkan apa yang akan terjadi pada masa akan nanti.

Gua bersyukur kerana masih dikurniakan parents serta family yang sentiasa support kepada gua. Oh ya, gua lupa bff gua cik niza yang selalu meroyan dan cik yat yang sering membuli gua dengan wajah yang tidak bersalah. Tidak dilupakan kakak joyah gua yang di KL, always with me. Thanks korang, support gua!

Bagaimana pula dengan kawan ditempat kerja? Entah susah untuk gua ungkap dengan peribadi mereka disana. But for me mereka still baik dan gua kena hakiskan sikap yang mudah percaya akan mereka. Kadang-kadang sebaris ayat boleh membuatkan ianya jadi racun yang menular hingga ke jantung kan.

Tapi gua harus terima ini adalah ujian dan ini juga adalah penunjuk daripada TUHAN supaya gua sentiasa berhati-hati dalam mencari kawan.

NOTAKECIK:
Mungkin buah yang masam akan menjadi manis selepas diperam. Begitu gua dengan kehidupan kita.

ADIOS

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira