Selamat Petang uoll yang hensem serta gorgeous!
Minggu ini gua busy gila dengan kerja yang semakin gua sayang. Betul pepatah dahulu kala, tak kenal maka cinta. Sekarang terbukti makin lama makin gua sayang dengan kerja gua walaupun gajinya tidaklah setaraf dengan pendidikan gua. Perghh sempat lagi gua mengumpat kan.
Masih terngiang-ngiang lagi perkataan yang pernah gua ucapkan kat boss gua pada minggu pertama gua kerja. Boss gua rasa mahu berhenti kerja mahu jaga mak gua sebab masa tu mak gua kena masuk wad akibat tekanan dcarah tinggi. Dengan berat hati boss gua nak lepaskan gua siap kasi gua perlepasan 1 minggu untuk jaga mak gua. Sayang betul boss gua kat gua kan. Keh Keh Keh.
Bila masuk bulan ke 4, boss gua mula tunjukkan taring cerewetnya, penat juga nak layan kerenah dia. Semua benda tak betul, semua benda nak prefect. Gila, gua siap boleh menangis menahan ketekanan jiwa dengan boss gua. Tapikan boss gua ni sweet la juga sebab dia macam tau-tau gua tengah touching dengan dia maka dia belanja gua. Perghh, nak rasuah gua balik la tuh ^^,
![]() |
| Ni la orangnya yang baik hati sentiasa disisi gua, masih single tau, Keh keh keh. |
Tapi tuh la dikatakan asam garam kehidupan, dulu gua rasa masam macam teh o limau ais serta pahit macam minum kopi tanpa gula dan hanya NORLIZA dengan kakak ipar gua ja kawan gua. Kini, syukur gua sudah ada ramai kawan yang mula 1 kepada dengan gua dan gua sudah dapat menghirup manisan madu yang manis. ^^
Jadi, apa yang penting kita kena pandai sesuaikan diri dan jangan rasa semua orang boleh faham cara kita. Cuba untuk faham orang lain dan jangan untuk bertanya.
![]() | |
| Yang ni department gua, General Affair. Tak yah cari boss gua sebab tak ada pun beliau disitu, kui kui kui |

















