Assalamualaikum
Hello ladies dan gentleman yang jelita dan kacak sekalian.
Perghhhh, gua baru nak menaip balik blog ni. Naik berkulat sudah bha bak kata kawan gua. Nampak beno dia selalu skodeng blog gua yang seberapa ni kan kan kan. Keh Keh Keh
Gua rasa genap sebulan kot gua tak membuka, melihat, mengushar mahupun menjenguk blog ni. Bukan sebab apa gua sebenarnya sudah menghidap 1 penyakit di tahap kritikal iaitu penyakit M.
Penyakit gua ni susah untuk diubati dan hanya 1 saja penawarnya dengan adanya seseorang yang baik hati menghadiahkan gua sebuah GALAXY NOTE. Sebabnya, sekiranya gua ada binatang itu akan memudahkan gua bawa kemana-mana saja termasuk ke rumah kecil!
Ada sesiapa yang baik hati mahu memberikan penawarnya. Mungkin anda yang gua cari. Kuang Kuang Kuang.
Okey la stop the nonsense ek, selama sebulan gua tak update apa-apa, life gua masih seperti biasa tapi ada la sedikit kelat-kelat pahit. Namun yang kelat itu biar la gua simpan elok-elok dalam ingatan gua sebagai tanda kematangan gua dari hari demi hari. Eceh, ayat tak boleh blah betul.
Manakala yang manis biar gua sematkan di hati hingga di titisan nafas terakhir. Jap apa yang gua merepek ni -.-'
Apa yang pastinya gua tak suka dengan dasboard yang baru ni, mencik la! (
Okey fine gua sudah lari dari tajuk)
NOTAJARIKAKI: Jari tangan gua rasa nervous nak tekan papan kekunci ni setelah sekian lama tak menaip, esok gua update dengan lebih detail okey.
ADIOS