02 June 2012

Oh Black & Parallax, Tak Apa Hero Selalu Kalah Dulu

Assalamualaikum

Selamat Malam Sabtu semua.

Serius guwa keciwa walaupun guwa sudah vote BPX dengan menggunakan kredit abang dan kakak ipar guwa.

Lu la ni awat tak vote BPX dalam versus, sian deme tau dah la suara Black tu antara yang terbagus antara yang lain. Sob Sob Sob T.T

Wahai kekanda Black tak mo sedih2 tau, adinda sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kekanda. Mungkin kekanda tidak menang dalam VERSUS tapi kekanda menang dalam jiwa adinda ni. Muahahaha, gedik sungguh guwa di situ.

Tak apa la, mungkin bukan rezeki BPX untuk menang dalam VERSUS. But hopelly MUH akan serap Black dan tubuhkan Black & Parallax a.k.a BPX version yang terbagus ini untuk lebih move ke masa akan datang.

NOTAJARIKAKI: Guwa terus tutup tv dan masuk tidur bila BPX tak dapat masuk battle final. Plus, guwa tak suka HUNNY MADU jadi host tak menarik minta guwa untuk tengok VERSUS.

ADIOS

01 June 2012

Guwa Suka Hari Jumaat

Assalamualaikum

Hello-hello you all!

Salam Jumaat semua.

Guwa paling suka hari Jumaat sebabnya hari Sabtu guwa cuti. Keh Keh Keh.

Guwa suka hari Jumaat sebab guwa suka tengok lelaki-lelaki Islam pergi solat Jumaat. Sejuk mata guwa memadang boleh jadi calon suami tuh! ^^

Guwa suka hari Jumaat sebab pukul1 p.m. sampai pukul 3p.m. lelaki-lelaki Islam yang tidak cuti akan pergi solat jumaat. Maka guwa boleh buat sesuka hati di tempat kerja guwa.

Guwa suka hari Jumaat sebabnya hari Jumaat adalah hari yang paling baik daripada hari2 yang lain. Bukan bermakna hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad tak baik tapi jika mengikut Islam Jumaat adalah penghulu segala hari.

Guwa suka hari Jumaat sebabnya pukul 9.30 p.m. ada show VERSUS. Dan untuk pengetahuan semua malam ni adalah malam final VERSUS. Jadi mari lah kita support muzik tempatan yang sama hebatnya dengan muzik di luar negara.



Dalam VERSUS ada 5 band tempatan iaitu Go Gerilla yang terdiri daripada Aizat, Amir and the geng, Hujan, Sixthsense, Sofazr dan terakhir band yang paling power walaupun baru sekali ja battle adalah Black & Parallax.

Guwa paling suka BLACK & PARALLAX sebabnya ada Black la, Muahahaha ^^

Tapi serius bagi anda yang suka gila dengan band yang indie VERSUS adalah satu hiburan mata dan telinga yang baik untuk anda tonton.

NOTAJARIKAKI: Lu guwa boleh mengundi band ni dengan menaipkan VS/VS5/VS10 BPX hantar ke 33399.

ADIOS
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira