21 April 2012

Target Hidup Perlu Ada Dalam Hidup

Assalamualaikum

Selamat beristirehat wahai kaum hawa dan adam semua.

Lu orang ada tak target hidup? Apa, tak ada?! Awatnya tak ado. Hidup perlukan sasaran untuk kita mencabar diri kita sendiri, sama ada kita mampu atau tidak untuk kecapinya.

Apa apa (sambil menaikkan kening macam ziana zain) nak kata guwa la tu. Macam la guwa hebat sangat kan. Yes, guwa akui yang guwa tak hebat pun setakat ni target guwa dari sekolah rendah yang guwa nak sangat masuk universiti, alhamdulillah sudah tercapai dan guwa pun sudah berkonvokesyen 23 Oktokber 2011 yang lalu.

Dan pada tahun 2012 guwa target nak cari kerja, alhamdulillah sudah tercapai juga walaupun bukan dalam bidang yang guwa kewartawanan. Tapi so far apa yang guwa belajar kena mengena lah juga dengan pekerjaan guwa sekarang ni. Okey la guwa kerja kat kilang ja tapi bahagian office so guwa kena update document, meeting. Ala macam setiausaha la.

Bila sudah dapat kerja, guwa mula nak beli la barang guwa yang sudah lama guwa idamkan. Kalau lu perasan la ada list target guwa kat sidebar blog guwa, itu pun kalau la ada orang baca blog guwa la kan. Alhamdulillah akhirnya guwa dapat juga jam CASIO GOLD RETRO. Seronok gila kot. Asyik tersenyum ja tak berhenti-henti guwa senyum.

Tapi jangan lah lu letak target macam guwa okey, sebab guwa memang senang berpuas hati walaupun benda itu kecil. Bagi guwa bila dapat benda yang guwa idamkan lebih2 lagi dengan usaha sendiri (mengepaw mak guwa), perghhhh memang puas tidak terkata.

Lepasni guwa nak kumpul duit nak beli camera D90 pula. Sebabnya guwa sudah berjanji dengan best friends guwa yang kami akan buka kedai photography satu hari nanti.

After this i hope i will pass in driving test on Monday. Please for me okey. Tak larat nak menghadap muka pakcik tu ja. HEHEHE. Lesen kereta pun dalam list target guwa juga.

Kesimpulannya, kita semua perlu ada sasaran atau target agar kehidupan kita ni lebih bermakna dan bukan kosong kosong (nada lagu najwa latiff) ^^

ADIOS.

19 April 2012

Amalan Membaca Budaya Kita

Assalamualaikum

Hello you all semua.

Harini guwa cuti sempena hari kelahiran SULTAN PERAK. So guwa dipaksa untuk bercuti kerana guwa tak ada over time atau guwa memang tak boleh buat kerja lebih masa.

Makanya, masa guwa perlu dihabiskan dengan sewajarnya. Oleh kerana itu guwa rasa macam mahu menghabiskan masa guwa dengan membaca.

Lagipun membaca itu budaya kita. Seharusnya kita terapkan bersama amalan ini. Macam lagu yang "mari membaca". Antara korus yang guwa ingat, "mari kawan kita membaca...." itu ja yang guwa ingat. Kihkihkihkih. Apa lagi, lu search la youtube okey. Tak silap guwa lagu tu ramai yang nyanyikan, antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Nicol David dan ramai lagi.

Agak-agaknya kalau la guwa join mereka nyanyi mesti guwa pun dapat title Datuk kan?

Mari kita membaca ^^

ADIOS
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira